Pengujian:
Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran.
Pengukuran:
Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar yang boleh dibuat secara pemerhatian, lisan atau secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan perubahan tingkah laku pelajar, termasuk pencapaian akademik, penguasaan kemahiran dan sikap pelajar.
Penilaian:
Proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.
Pentaksiran:
Proses/prosedur yang sistematik bagi mendapatkan maklumat dan membuat pertimbangan tentang hasil pembelajaran.
No comments:
Post a Comment