2.2 Bentuk Pentaksiran
2.2.1 Penilaian Formatif
- Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
- Maklumat yang diperoleh daripada penilaian formatif dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai.
- Maka guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
- Guru juga boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.
2.2.2 Penilaian Sumatif
- Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada akhir semester.
- Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan.
- Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM biasanya dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
- Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara.
2.2.3 Autentik
Pentaksiran autentik menurut Pert (1990) merupakan bentuk penilaian yang berdasarkanpencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah.
Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadappersekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar.-
Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkanpelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar,kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.-
Kepentingan Pentaksiran Autentik dan Pentaksiran Performance BasedAutentik
- Menghendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna
- Menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan,penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis)
- Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melaluipemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan.
- Merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yangada dalam dunia sebenar.
- kurang kepada kertas dan pensel lebih kepada amali, portfolio, persembahan, pemerhatian, penulisan, lisan, pameran dan eksperimen
No comments:
Post a Comment